Home » Bintang Euro, England » Danny Welbeck tidak kesal pilih England

Danny Welbeck - England
Danny Welbeck | England

DANNY Welbeck tidak menyesal apabila memilih untuk beraksi bersama England dan bukannya Ghana menjelang penampilan pertamanya pada kejohanan utama di Euro 2012.

PEMAIN kelahiran Manchester itu mempunyai ibu bapa dari Ghana namun percaya ia adalah proses biasa untuknya apabila menyertai skuad senior England selepas beraksi pada beberapa tahap pada peringkat remaja.

Nasibnya sudah ditentukan dan hujung minggu lalu Welbeck menjaringkan gol pertama bersama skuad senior England ketika menewaskan Belgium dalam aksi pemanas badan terakhir di Wembley sebelum saingan Euro membuka tirai.

Welbeck berkata: “Ia (peluang beraksi untuk Ghana) adalah ketika saya berusia 14 tahun. Namun saya sudah beraksi untuk England bagi skuad bawah 16 tahun, jadi ia adalah proses biasa untuk diserap ke skuad senior.

“Saya beraksi untuk England bagi kategori umur bawah 16, 17, 18, 19 dan 21 tahun dan ia adalah perkara biasa untuk saya menyertai skuad senior dan saya gembira apabila melakukannya.

“Menjaringkan gol pertama untuk England adalah sesuatu yang saya impikan sejak kecil lagi.

“Saya berharap untuk terus cemerlang dan mendapat lebih banyak gol selain membuat lebih banyak penampilan untuk skuad negara.”

Ia adalah satu kelegaan buat Welbeck apabila dia terbang ke Poland bersama skuad England selepas mengalami kecederaan buku lali pada peringkat terakhir perlawanan domestik menentang Manchester City.


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter