Home » Germany, Top News » Jerman waspada muslihat Portugal

Germany vs Portugal

Jerman vs Portugal
10 Jun 2012, 2.45 pagi
LIVE Astro 825

Atas kertas, Jerman telah menewaskan Portugal dalam dua pertemuan terakhir mereka pada dua kejohanan utama.

Sebagai rekod, Jerman menang 3-1 ke atas Portugal dalam aksi penentuan tempat ketiga/keempat Piala Dunia 2006 sebelum skuad Nationalmannschaft mencatat kejayaan 3-2 ke atas lawan yang sama pada saingan suku akhir Euro 2008.

Bagaimanapun, tonggak pertahanan Jerman, Per Mertesacker memberi amaran kepada rakan-rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah keupayaan Portugal.

Awal pagi esok, Jerman berpeluang melakar kemenangan hatrik apabila turun membuka tirai kempen Euro 2012 dengan menentang Portugal dalam Kumpulan B di Stadium Lviv, Ukraine.

“Sudah tentu ia menjadi satu kebimbangan bagi mereka (Portugal) apabila kalah kepada Jerman pada perlawanan penting sebelum ini,” jelas Mertesacker.

“Namun saya rasa kami perlu melakukannya dengan lebih bagus lagi berbanding dua pertemuan sebelum ini sekiranya mahu menewaskan Portugal.

“Cristiano Ronaldo adalah pemain berbahaya bagi Portugal tetapi sebagai sebuah pasukan, saya rasa mereka lebih berpengalaman berbanding beberapa tahun lalu.”

Jerman yang pernah menjuarai gelaran Eropah sebanyak tiga kali memiliki beberapa pemain berbakat seperti Mario Gotze, Toni Kroos dan Mesut Ozil yang ‘lahir’ daripada gaya tradisi bola sepak Jerman.

“Saya rasa ini adalah proses yang berlaku sejak saya berada dalam pasukan sejak 2006.

“Kami cuba menggunakan sepenuhnya kualiti pasukan sejak beberapa tahun lalu. Ini adalah hasil daripada proses pembangunan bola sepak Jerman sejak 20 dan 30 tahun lalu.

“Kami cuba mengetengahkan cara tersendiri kami di atas padang. Kami ada peluang terbaik untuk mencipta sensasi dengan gaya permainan kami,” kata Mertesacker.


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter