Home » Denmark, Netherlands, Top News » Kejutan Denmark

Denmark 1-0 Belanda
Denmark 1-0 Belanda

DENMARK mempamerkan aksi garang, sekali gus membuat kejutan dengan mengatasi Belanda 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Metalist Kharkiv.

Denmark yang turun selaku pasukan bukan pilihan membuktikan kemampuan bahawa mereka juga boleh melakar kejutan.

Pada babak awal perlawanan, Belanda yang banyak – lebih 60 peratus – menguasai perlawanan bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan. Pasukan ini telah menjaringkan 37 gol di peringkat kelayakan berbanding pasukan lain yang bersaing di Euro 2012 ini.

Dengan kekalahan ini Belanda perlu mengatasi Jerman atau Portugal untuk mara ke pusingan seterusnya..

Gerakan menarik yang dilakukan Micheal Krohn Dehli pada minit ke-24 berjaya menewaskan penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg untuk mendahului 1-0.

“Ia satu-satunya tindakan bahaya Denmark,” kata Kapten Belanda, Mark van Bommel.

“Saya tidak tahu nak kata apa kerana tiga mata sangat penting bagi kami,” katanya lagi.

Kemenangan Denmark ke atas Belanda juga detik sangat bermakna selepas separuh akhir 1992.

Perlawanan hari ini kelihatan lebih tenang berbanding persaingan pembukaan Kumpulan A antara Poland dan Greece semalam di mana berakhir dengan detik-detik dramatik dan kontroversi di Stadium Nasional Warsaw.

Bersambung babak kedua, perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan mengasak kubu masing-masing.

Belanda yang tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, terus buntu untuk mencari gol apabila setiap percubaan yang dilakukan tersasar.

Peluang Belanda untuk mencipta gol penyamaan pada minit ke- 74 gagal dilaksanakan setelah penjaga gol Denmark berjaya menyelamatkan detik cemas itu daripada membolosi gawang.

Pada aksi tadi, anak buah Morten Olsen mencatatkan keputusan positif sekali gus mencerahkan peluang mereka ke peringkat seterusnya.

Kumpulan B akan menyaksikan perlawanan menarik antara Jerman dan Portugal, yang akan berlangsung pada jam 2.45 pagi.

– Sinar Harian


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter