Home » England, Top News » Kematian bapa: Defoe pulang ke England

Jermain Defoe

PENYERANG England, Jermain Defoe kembali semula ke negaranya dari kem latihan skuad Euro 2012 di Krakow berikutan kematian bapanya, menurut Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris, semalam.

Defoe, bintang Tottenham Hotspur, hanya tiba di Poland bersama rakan sepasukan England kelmarin, dan akan kembali menyertai skuad itu pada satu masa yang tidak ditentukan lagi, kata FA dalam satu kenyataan ringkas.

“Penyerang England, Jermain Defoe sudah kembali ke England awal pagi ini berikutan kematian bapanya malam semalam.” kata FA.

“Jermain akan menyertai semula skuad Euro England secepat mungkin. Tiada pengganti pemain dilakukan.

“Kami menasihati semua media supaya menghormati Jermain dan privasi keluarganya dalam masa sukar ini.”

Defoe dianggap sebagai penyerang simpanan England, dengan Danny Welbeck dan Andy Carroll memburu tempat dalam kesebelasan utama menentang Perancis awal pagi Selasa ini dalam Kumpulan D dengan ketiadaan pemain yang digantung perlawanan, Wayne Rooney.

England striker Jermain Defoe returns home after death of his father

7 June – The Football Association confirmed the news this morning, adding that the player is expected to return at some point and no replacement is being called up.

It is not known at this point whether Defoe will be back prior to Monday’s Group D opener against France in Donetsk.

The FA statement read: “England striker Jermain Defoe has returned home to England this morning following the passing of his father overnight.

“Jermain will re-join the England Euro squad in due course. There will be no replacement player called in.

“We would ask all media to respect Jermain and his family’s privacy at this difficult time.” — Telegraph


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter