A: Poland

A: Poland

Poland Squad EURO 2012

POLAND TEAM

Persiapan untuk Euro 2012 kali ini dilihat satu tugasan berat kepada pasukan Poland.

Diundi bersama pasukan Greece, Republik Chech, dan Rusia, nyata memberi ujian gentir kepada mereka untuk melakar kejayaan.

Turun selaku bukan pasukan pilihan, pengurus Poland, Franciszek Smuda berkata, inilah peluang terbaik pasukannya untuk melakar sejarah dalam kejohanan Eropah.

Malah Smuda turut berkata, pasukan yang digelar Bialo-czerwoni itu tidak akan mengalah dan memberi laluan mudah kepada pasukan lain kerana mereka turut menyimpan impian untuk dinobatkan juara walaupun mengakui peluangnya tipis.

“Walaupun kami dianggap pasukan bukan pilihan, namun saya yakin kami mampu memberi saingat sengit kepada Greece, Republik Checz dan Rusia nanti.

“Lagipun tidak mustahil pasukan seperti kami mampu mencipta kejutan,” kata Smuda sambil berjanji akan melakukan yang terbaik pada kejohanan kali ini.

Smuda turut menggesa anah buahnya agar berjuang berhabis-habisan untuk membuktikan kemampuan pasukan itu yang mampu mencipta kejayaan.

“Kami akan buktikan bahawa kami boleh berjaya. Meskipun turun selaku pasukan kerdil, ia sedikit tidak mematahkan semangat kami untuk mencuba,” tegas Smuda.

Sebagai tuan rumah Euro 2012, Poland berharap mereka mampu melayakkan diri ke persaingan suku akhir sekali gus mencipta kejutan untuk dinobatkan juara tahun ini.

Poland yang telah menyertai Piala Dunia sebanyak enam kali, namun pasukan itu hanya berjaya ke perlawanan Euro hanya satu kali iaitu pada tahun 2012.

Pada tahun tersebut, Poland gagal melayakkan diri apabila berada di kedudukan tercorot kumpulan pada tahun 2008.

INFO PASUKAN POLAND

Ditubuhkan semenjak: 1919

Nama Pengurus: Franciszek Smuda

Gelaran : Bialo-czerwoni

Pemain Tumpuan: Robert Lewandoski, Jakub Blaszczykowski, Pawel Brozek, Adrian Mierzejewski, Vilmos Vanczak

Penjaring terbanyak: Wlodzimierz Lubanski (48), Euzebiusz Smolarek (20)

Pusingan Kelayakan Euro 2012: Layak secara automatik sebagai tuan rumah

Sejarah di Kejohanan EURO:

2008- Layak di dalam kumpulan sahaja

2012- Berjaya sebagai tuan rumah

– Sinar Harian


free hit counter