A: Republik Czech

A: Republik Czech

Czech Republic Squad EURO 2012

REPUBLIK CZECH TEAM

Barisan anak-anak buah Michal Bilek

Meneruskan rekod layak ke setiap pusingan akhir Kejohanan Eropah sejak tahun 1996 selepas mencapai kemerdekaan daripada Czechoslovakia pada tahun 1993.

Selepas gagal layak ke Piala Dunia 2010, mereka tersingkir dari peringkat kumpulan Euro 2008.

Bilek telah memperkenalkan trio Tomas Rosicky, Petr Cech dan Milan Baros.

Dalam pusingan kelayakan Euro 2012, mereka meraih gelaran naib juara kumpulan I. Kalah ditempat sendiri kepada Lithuania dan menewaskan Montenegro 3-0 menerusi aggregat dalam pusingan play off.

Kali terakhir mereka menjuarai Euro pada tahun 1976 menewaskan Jerman Barat menerusi penentuan penalti.

Czech telah diundi didalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah, Poland, Greece dan Russia

INFO PASUKAN REPUBLIK CZECH

Ditubuhkan semenjak: Tahun 1901

Gelaran: ‘Narodni Tym’

Jurulatih / Pengurus: Michal Bilek

Pemain Tumpuan: Petr Cech, Tomas Rosicky dan Milan Baros

Penjaring terbanyak: Jan Koller (55 gol), Semasa – Milan Baros (39)

Penampilan terbanyak: Karel Poborsky (118), Semasa – Petr Cech (88)

Pusingan Kelayakan Euro 2012: Naib juara Kumpulan I

Play off: Republik Czech 2-0, 1-0 Montenegro (3-0 agg)

Penjaring terbanyak: Michal Kadlec (4 gol)

– Sinar Harian


free hit counter