B: Belanda

B: Belanda

Netherlands Squad EURO 2012

BELANDA TEAM

Rekod Belanda dalam Kejohanan Eropah tidak begitu mengecewakan sejak berjaya mara ke separuh akhir pada tahun 1976.

Pernah menjulang gelaran juara Euro pada 1988, edisi tahun ini dilihat satu lagi peluang terbaik buat skuad The Oranje itu menambah koleksi trofi mereka setelah gagal melakukannya ketika tewas kepada Sepanyol pada final kempen Piala Dunia 2010.

Enggan mengalami kekecewaan buat kali kedua setelah gagal melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Eropah empat tahun lepas, anak didik Bert Van Marwijik kini bersemangat waja untuk menebus kekecewaan itu.

“Sejak tahun 1988, kami masih gagal untuk membawa pulang trofi tersebut ke negera kami.

“Selama berpuluh-puluh tahun kami kempunan menjulang gelaran itu, jadi tahun ini saya akan berusaha sedaya upaya impian kami akan tercapai,” kata Marwijik.

Ekoran mengalami kekalahan pada perlawanan persahabatan menentang Bulgaria 1-2 Sabtu lalu, pasukan Belanda dikritik hebat oleh segelintir peminat bola sepak dan menganggap mereka gagal untuk menyaingi saingan kali ini.

Namun bagi Marwijik, keputusan itu tidak memberi sebarang makna kepada pasukannya bahkan memnganggu fokus mereka dalam memburu gelaran.

“Setiap perlawanan ada menang dan kalah. Kami harus akui kekalahan itu dan bersikap positif.

“Persaingan belum bermula, jadi saya tidak boleh mempunyai sikap putus asa sebelum berjuang.

“Apa yang penting kami harus fokus dan capaikan apa yang kami inginkan selama 24 tahun ini,” tambah Marwijik.

Meskipun begitu, memiliki pemain terkenal seperti Robin van Persie,Dirk Kuyt, Arjen Robben, John Heitinga, pasukan Belanda masih menjadi antara calon pilihan untuk bergelar juara pada edisi kali ini yang diadakan di Poland-Ukraine.

Denmark menjadi pertemuan pertama mereka pada 9 Jun ini sebelum membuat perhitungan getir apabila berdepan Jerman dan Portugal selepas itu.

INFO PASUKAN BELANDA

Ditubuhkan semenjak: 1889

Gelaran: Oranje

Pengurus: Bert Van Marwijik

Pemain tumpuan: Robin van Persie,Dirk Kuyt, Arjen Robben, John Heitinga,

Penjaring terbanyak: Klaas-Jan Huntelaar (12)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara kumpulan E

Sejarah di Kejohanan EURO:

1976- layak ke separuh akhir

1980- layak kelayakan kumpulan

1988- juara

1992- layak ke separuh akhir

1996- layak ke separuh akhir

2000- layak ke separuh akhir

2004- layak ke separuh akhir

2008- layak ke separuh akhir

– Sinar Harian


free hit counter