C: Sepanyol

C: Sepanyol

Spain Squad EURO 2012

SEPANYOL TEAM

Gergasi Eropah, Sepanyol pastinya memiliki taktik tersendiri menjelang kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2012 yang akan membuka tirainya di Ukraine dan Poland 9 Jun ini.

Selain misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka di Austria dan Switzerland pada tahun 2008, skuad yang terkenal dengan jolokan La Roja itu semestinya mahu berterusan menakluk pentas bola sepak dunia.

Apa tidaknya, selain kejayaan menjulang trofi Euro 2008, Sepanyol juga membuktikan kredibiliti mereka sebagai kuasa besar bola sepak setelah menjulang Piala Dunia di Afrika Selatan dua tahun selepas itu.

Disebabkan itu, anak-anak buah Vincente del Bosque pastinya berazam melakar sesuatu yang istimewa pada Euro kali ini.

“Saya bangga dengan pencapaian pasukan Sepanyol setakat ini.

“Saya mahu nama kami tercatat dalam sejarah, dan saya yakin Sepanyol mampu melakukannya kerana kami memiliki rangkaian pemain terbaik dunia.

“Pada masa yang sama, saya tidak mahu mengecewakan peminat Sepanyol yang ingin melihat kami melakar kejayaan kali ini.

“Bagaimanapun, kami harus pandang ke hadapan jika mahu menjadikan impian melakar hatrik akan menjadi kenyataan,” kata Del Bosque yang tetap meendah diri meskipun Sepanyol dilihat antara pasukan pencabar utama kejohanan kali ini.

Tambah Del Bosque, beliau juga perlu berhati-hati dan jangan tersilap langkah kerana dengan kesilapan itu ia akan merugikan pasukan Sepanyol.

“Banyak pasukan yang berazam untuk menjulang juara, dan ada juga yang mencemburui kami serta mahu menewaskan kami.

“Jadi saya harus merancang segala taktik agar impian pasukan lain akan musnah,” tegas Del Bosque.

Untuk rekod, Sepanyol sebelum ini terpaksa menunggu selama 44 tahun sbelum muncul juara EURO 2008.

Bagaimanapun, ia bukan satu tugas yang mudah bagi pasukan Sepanyol apabila diundi bersama satu lagi gergasi Eropah, Itali, Crotia dan Ireland dalam kumpulan B.

Namun dengan memiliki beberapa pemain hebat dunia seperti Fernando Torres, Xavi, Andres Iniesta, Cesc Fabregas dan David Silva tidak mustahil impian Del Bosque untuk mencipta kejayaan hatrik bukanla angan-angan kosong.

INFO PASUKAN SEPANYOL

Ditubuhkan semenjak: 1909

Gelaran: La Roja

Pengurus: Vicent Del Bosque

Pemain tumpuan: David Silva, Fernando Llorente, Juan Mata,, Alvaro Negredo, Fernando Torres, Xavi Xabi Alonso, Andres Iniesta, Sergio Ramos

Penjaring terbanyak: David Villa (51); current, David Villa (51)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara Kumpulan I

Sejarah di kejohanan EURO 2012:

1964- Juara

1996- Layak ke separuh akhir

2000- Layak ke separuh akhir

2008- Juara


free hit counter