D: Perancis

D: Perancis

France Squad EURO 2012

PERANCIS TEAM

Pasukan yang digelar ‘Les Blues’ ini pernah menjuarai Kejuaraan EURO pada tahun 1984 dan kali terakhir pada tahun 2000.

Les Blues meniti zaman kegemilangan ketika era pemain lagenda seperti Zinedine Zidane, Fabien Barthez, Marcel Desailly, Didier Deschamps, Theirry Henry, Patrick Viera menjulang trofi EURO ketika tahun 2000 dan Piala Dunia 1998.

Bekas pemain, Laurent Blanc mengambil alih tugas Raymond Domenech ketika prestasi tidak menentu Perancis pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Pada pusingan kelayakan kumpulan D mereka menjuarai kumpulan.

Blanc berkata, “Ia adalah suatu kepuasan apabila layak ke EURO. Mulai sekarang, kami akan memberikan fokus sepenuhnya kepada permainan.

“Tetapi ia akan menjadi menarik untuk melihat pemain yang berjaya dengan kelab mereka berada dalam pasukan kebangsaan.” katanya.

INFO PASUKAN PERANCIS

Ditubuhkan semenjak: Tahun 1919

Gelaran: Les Blues

Jurulatih: Laurent Blanc

Pemain Tumpuan: Karim Benzema, Franck Ribery, dan Samir Nasri

Penjaring terbanyak: Theirry Henry (51 gol) semasa – Karim Benzema (13 gol)

Penampilan terbanyak: Lilian Thuram (125) semasa – Florent Malouda (73)

Pusingan Kelayakan Euro 2012: Juara Kumpulan D


free hit counter