Home » Czech Republic, Portugal, Top News » Portugal ke separuh akhir, menang 1-0 ke atas Czech

Czech Republic vs Portugal | UEFA EURO 2012
Czech Republic 0-1 Portugal – UEFA EURO 2012 | Gol Cristiano Ronaldo

Keputusan Suku Akhir: Portugal 1-0 Rep. Czech

PORTUGAL muncul pasukan pertama melangkah ke separuh akhir kejohanan Euro 2012 dengan mengatasi Republik Czech 1-0.

Satu-satunya gol pada perlawanan suku akhir Portugal-Republik Czech diperoleh pada separuh masa kedua.

PORTUGAL menerusi jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-79 mendahului Republik Czech pada pertemuan suku akhir yang sedang berlangsung di Stadium Nasional, Warsaw.

Terdahulu, pada babak perlawanan pertama perlawanan, kedua-dua pasukan menampilkan permainan seimbang dan jarang melakukan sebarang percubaan berbahaya ke gawang lawan masing-masing.

Cuma pada minit kecederaan sebelum tamat separuh masa pertama, kapten Portugal, Cristiano Ronaldo hampir mengejutkan Czech apabila rembatannya terkena tiang gol dan penjaga gawang, Petr Cech sudahpun tertewas.

Yang pasti, kedua-dua pasukan akan beraksi bermati-matian untuk merebut menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke separuh akhir. Czech mewakili Kumpulan A selepas layak bersama Greece manakala Portugal mewakili kumpulan maut iaitu Kumpulan B layak ke suku akhir bersama Jerman.

Berdasarkan rekod, Czech telah bertemu mereka sebanyak dua kali dengan menewaskan Portugal 1-0 pada perlawanan suku akhir Euro 2006, tetapi, Czech tewas kepada Portugal 3-1 didalam aksi peringkat kumpulan Euro 2008. — Sinar Harian

VIDEO Gol Cristiano Ronaldo [Czech Republic 0-1 Portugal] Suku Akhir UEFA EURO 2012

Get the Flash Player to see this content.

Video Gol Cristiano Ronaldo | Suku Akhir Republik Czech vs Portugal 22.06.2012


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter