Home » Bintang Euro, Czech Republic » Tomas Rosicky boleh beraksi menentang Rusia

Tomas Rosicky - Czech Republic
Aksi Rosicky ketika kempen kelayakan Euro 2012 menentang Scotland

JURULATIH Republik Czech, Michal Bilek mengesahkan Tomas Rosicky akan diturunkan pada perlawanan pertama Kumpulan A menentang Rusia, Sabtu ini.

Sebelum ini, peluang Rosicky ke Euro 2012 dilihat tipis apabila berdepan kecederaan betis, namun pengumuman terbaru itu melegakan peminat Republik Czech.

“Rosicky akan bermain pada perlawanan pertama. Dia mempamerkan kualiti yang saya inginkan dan dia tunjukkan pada sesi latihan.

“Dia pandai membuka ruang dan bijak dalam melakukan hantaran. Kehadirannya sudah pasti melonjakkan moral pasukan,” katanya.

Pemain tengah berpengalaman itu telah menjadi tulang belakang pasukan Republik Czech sejak membuat debut antarabangsanya.

Rosicky bermain dalam semua kejohanan utama kecuali satu, antara tahun 2000 hingga 2006. Kecederaan mengetepikannya dari saingan Euro 2008 dan majoriti kempen kelayakan Piala Dunia 2010.

Dia yang baru saja menemui sentuhan terbaiknya di penghujung musim ini untuk Arsenal selepas lama menderita akibat kecederaan, masih kekal menjadi pemain penting Republik Czech.

Rosicky mencipta enam daripada 15 gol sepanjang kempen kelayakan Uefa EURO 2012.

Selain Rusia, Republik Czech turut diundi bersama tuan rumah Poland dan juara 2004, Greece.

Tomas Rosicky Profile - Profil Rosicky


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter