Home » Bintang Euro, England » Walcott perlu masa pikat hati Hodgson

Theo Walcott - England
Theo Walcott – England

THEO Walcott akur dia masih perlu meyakinkan Roy Hodgson mengenai kemampuannya beraksi di peringkat antarabangsa.

Walcott tidak berada dalam senarai kesebelasan utama pada kedua-dua perlawanan di bawah kendalian Hodgson ketika bertemu Norway dan Belgium. Dia sekali lagi dijangka bermula di bangku simpanan pada perlawanan pembukaan Euro 2012 menentang Perancis, Isnin ini.

“Theo sudah diberikan beberapa peluang dalam pasukan,” kata bos baru England itu. “Pada saya, setiap kali dia diturunkan dalam kesebelasan utama, orang akan berkata anda memerlukan orang lain di kedudukannya.”

Tetapi Walcott bersedia menerima peranan sebagai pemain gantian berbisa dan tidak akan menjadikannya isu besar di Euro nanti, walaupun agak kecewa dengan karier tidak menentu bersama England.

“Dalam kejohanan besar seperti ini, ia bukan berkenaan pemain secara individu. Ia berkenaan mendapatkan sebuah pasukan yang mantap,” kata Theo sebelum berangkat ke Poland bersama rakan sepasukannya.


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter